Menu

Raikan Merdeka di Taman Tema Genting SkyWorlds!

Mulai 17.08.2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal tiba, Taman Tema Genting SkyWorlds memperkenalkan Kadar Merdeka istimewa RM38 untuk tiket 1 hari bagi warga emas (berumur 60 tahun ke atas), kanak-kanak, dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Berinspirasikan semangat Malaysia MADANI, promosi istimewa ini membawa pengalaman bermakna yang harus dikongsi bersama-sama. Kami mengalu-alukan kedatangan lebih ramai keluarga untuk meraikan Merdeka bersama-sama menerusi pengembaraan yang mengujakan di puncak.

Kategori
(Warganegara Malaysia)

Kadar
Kanak-kanak/ Warga Emas/ Tetamu OKU

RM38

Termasuk tiga (03) tempahan Virtual Queue

Waktu Operasi Taman Tema Genting SkyWorlds:

Setiap Hari: 10 pagi hingga 6 petang

Tutup setiap hari Selasa, kecuali pada Cuti Umum Kebangsaan Malaysia dan Cuti Sekolah. Klik di sini untuk melihat tarikh operasi taman pada hari Selasa.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Talian Perkhidmatan Tetamu kami di +6019 201 6286 semasa waktu operasi taman.

Kami sedang menaik taraf Studio Plaza bagi membawakan pengalaman baharu yang lebih menarik. Sementara itu, sila gunakan pintu masuk SkyAvenue Gateway di Aras G, SkyAvenue untuk masuk ke taman.

Terima kasih atas kerjasama anda ketika kami berusaha menyediakan pengalaman yang lebih baik untuk anda.

  • Definisi Tiket:
    Kemasukan percuma diberikan kepada kanak-kanak berketinggian bawah 90cm.
    Standard: Tetamu dengan ketinggian melebihi 110cm.
    Kanak-kanak: Tetamu dengan ketinggian antara 90cm hingga 110cm.
    Warga emas: Tetamu berumur 60 tahun ke atas.
    Tetamu Orang Kurang Upaya (OKU): Tetamu dengan sijil kelainan upaya.
  • Taman tema ini ditutup setiap hari Selasa, kecuali pada cuti umum Malaysia. Klik di sini untuk melihat tarikh operasi taman pada hari Selasa.
  • Kadar harga warga Malaysia hanya sah untuk warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan Malaysia.
  • Tetamu dikehendaki menunjukkan Kad Pengenalan fizikal untuk pengesahan sebelum masuk ke taman tema.
  • Caj tambahan berdasarkan kadar pembelian terus (walk-in) akan dikenakan bagi pembelian tiket yang tidak sepadan.
  1. Sebahagian permainan, tarikan, hiburan, restoran atau tawaran lain mungkin tidak tersedia, diubah suai, atau beroperasi pada kapasiti terhad.
  2. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk Cukai Perkhidmatan serta Duti Hiburan pada kadar semasa (jika berkenaan).
  3. Definisi Tiket:
    Kemasukan percuma diberikan kepada kanak-kanak berketinggian bawah 90cm.
    Standard: Tetamu dengan ketinggian melebihi 110cm.
    Kanak-kanak: Tetamu dengan ketinggian antara 90cm hingga 110cm.
    Warga emas: Tetamu berumur 60 tahun ke atas.
    Tetamu Orang Kurang Upaya (OKU): Tetamu dengan sijil kelainan upaya.
  4. Penggunaan tiket dan/atau kemasukan ke Taman Tema Genting SkyWorlds menandakan penerimaan anda terhadap Terma & Syarat Umum Tiket serta Peraturan & Undang-undang Taman.
  5. Sebarang permintaan perubahan tarikh sah tiket tidak akan diterima.
  6. Tiket adalah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dijual semula, tidak boleh ditukar dan/atau tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan, termasuk faktor luar seperti jerebu, cuaca buruk, tindakan kerajaan, bencana alam, rusuhan atau mogok. Tiket akan terbatal jika diubah atau dipalsukan.
  7. Semua tetamu mesti menyimpan e-mel pengesahan pembelian untuk tujuan pemeriksaan apabila diminta. Pihak Pengurusan berhak untuk:
    1. Meminta maklumat tambahan atau bukti pengenalan bagi mengesahkan e-mel pengesahan; dan
    2. Menolak kemasukan sekiranya pelanggaran syarat berlaku atau transaksi dianggap penipuan.
  8. Pihak Pengurusan berhak menyemak dan meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan terjemahan lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  10. Terma & Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan anda bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  11. Semua tetamu mesti mematuhi Terma & Syarat serta Peraturan & Undang-undang Genting SkyWorlds seperti yang dinyatakan di gentingskyworlds.com/rules-regulations.
  12. Tertakluk pada terma dan syarat operasi lain.