Kemasukan ke Taman Tema Genting SkyWorlds bermula dari 01.10.2023 | Ketahui Lebih Lanjut
Hujan atau Cerah: Keselamatan Anda Diutamakan | Ketahui Lebih Lanjut
Nasihat Perjalanan | Ketahui Lebih Lanjut
Dataran bandar Central Park yang meriah ini merupakan dunia yang terbesar di Genting SkyWorlds. Dengan adanya Natural History Museum atau pertunjukan air pancur yang luar biasa di Lake of Dreams, Central Park pastinya akan membawa para pengunjung ke satu dunia yang hebat dan mempersonakan.
Di Natural History Museum, tiada shif malam yang betul-betul sunyi. Dexter sedang berkeliaran dan Rexy sentiasa memerhati. Mereka berganding bahu dengan pengawal malam melindungi penghuni-penghuni di muzium ini dan menghalang mereka dari malapetaka yang melanda dalam tarikan 3D yang interaktif ini.
Tahap Keseronokan: Ringan
Naiki pesawat pejuang aeroangkasa hibrid, berlepas dan terbang ke langit galaksi. Dengan pusingan dan putaran yang mendebarkan, masa tidak menyebelahi kita dalam pertempuran mempertahankan Bumi!
Tahap Keseronokan: Tinggi
Independence Day: Defiance menampilkan satu pengembaraan angkasa yang mendebarkan kepada para pengunjung melalui salah sebuah paparan berbentuk dom yang terbesar.
Tahap Keseronokan: Tinggi
Bersedia untuk mengalami dimensi berbeza apabila anda melangkah ke dalam ruang acara unik ini.
Nikmati kehijauan, angin segar, dan persembahan muzik serta hiburan.
Pertunjukan air pancur yang luar biasa di Lake of Dreams pastinya akan membawa para pengunjung ke satu dunia yang hebat dan mempersonakan. Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat ini.
Masa Tayangan*
Isnin - Ahad
12:00pm | 12:30pm | 1:15pm | 2:15pm | 5:00pm
*Masa tayangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
Di “Summer In The City”, di mana kaki lima sedang membahang dan muzik kuat bergema. Ditengah- tengah kerumunan pejalan kaki, pekerja jalanan dan penjaja yang sesak, Alberto bertemu Lily di bawah hari yang panas terik pada musim panas. Lihat bagaimana dia menari menawan hati Lily!
Masa Tayangan*
Isnin - Ahad
1:30pm
*Masa tayangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
Sertai kami untuk konsert di taman bersama penyanyi dan penari terbaik kami! Menampilkan hit pop klasik, konsert di ruang terbuka ini pasti akan menggegarkan dunia anda.
Masa Tayangan*
Isnin - Ahad
12:15pm | 3:15pm | 4:15pm
*Masa tayangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
Harry Ramsden terkenal di seluruh dunia dengan masakan 'Fish and Chips' tradisi Inggeris. Pilih antara ikan hadok atau kod, dengan kentang goreng sebagai hidangan sampingan sambil menikmati suasana indah di sekitar Taman Tema Genting SkyWorlds.
Nikmati sajian asli Bufet Vegetarian India di Jom Makan!
Pengalaman hotpot yang baharu dengan pemandangan yang indah. Nikmati hidangan hotpot yang memanaskan perut dengan sup unik dan sayur-sayuran yang dipetik segar dari Rumah Hijau Atrium di Resorts World Awana.
Nikmati masa bersama keluarga yang berharga sambil menjamu sajian asli Itali yang disediakan.
Dapatkan kopi dan snek ringan ketika anda meneruskan penjelajahan di Taman Tema Genting SkyWorlds!
Nikmati pilihan sajian tempatan dan barat bersama pemandangan Lake of Dreams yang indah.
Restoran yang harus dilawati untuk 'grab-&-go' sambil bergembira. Jangan lepas untuk merasai Nasi Itik Pangang yang digemari ramai!
Dapatkan churros pelangi atau churros donut di sini.
Teruskan penjelajahan anda dan janagn lupa untuk singgah di kedai cenderahati yang menampirkan koleksi cenderamata yang unik.
Teruskan pengembaraan galaktik anda di kedai cenderahati eksklusif Independence Day: Defiance. Dapatkan mainan, pakaian, dan koleksi yang menarik.
Serlahkan skil bermain mesin arked anda dan bawa pulang patung yang comel! Pelbagai mesin arked ada di sini untuk peminat permainan video bermain dan bersaing.
Saksikan pengalaman Taman Tema Genting SkyWorlds anda dirakam dari seluruh taman, dengan efek zoom khas yang menjadikan setiap gambar digital anda lebih gempak!
Melangkah terus ke lorong arked yang menyeronokkan! Bertujuan untuk memukul seberapa banyak tin dalam permainan 'Spill The Milk' atau lebih baik matlamat anda pada percubaan 'Spacerings' yang seterusnya. Jika nasib mengizinkan, anda mungkin memenangi satu atau dua hadiah!
Kaedah Pembayaran
Semua Maklumat Taman Keperluan Anda
Beli Tiket Dengan Mudah
Semak Masa Tunggu Bila-bila Masa, Di Mana-mana
Tempahan VQ & Perancang Jadual Perjalanan
Photo+
Penerokaan Dipermudahkan
Muat turun apl sekarang dan biarkan ia melakukan semua kerja, sambil anda menumpukan pada perkara yang lebih penting – menikmati aksi dan pengembaraan tanpa henti di Genting SkyWorlds!
Dapatkan berita eksklusif dan maklumat terkini Taman Tema Genting SkyWorlds dalam surat berita kami!
Rio, Ice Age, Epic, Robots, Independence Day, Night at the Museum, Planet of the Apes ©️ 2023 20th Century Studios. All Rights Reserved.
TM and © GENTING GROUP. All Rights Reserved
© {{year}} Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U). All Rights Reserved.