Nasihat Perjalanan | Ketahui Lebih Lanjut
Dataran bandar Central Park yang meriah ini merupakan dunia yang terbesar di Genting SkyWorlds. Dengan adanya Natural History Museum atau pertunjukan air pancur yang luar biasa di Lake of Dreams, Central Park pastinya akan membawa para pengunjung ke satu dunia yang hebat dan mempersonakan.
Di Natural History Museum, tiada shif malam yang betul-betul sunyi. Dexter sedang berkeliaran dan Rexy sentiasa memerhati. Mereka berganding bahu dengan pengawal malam melindungi penghuni-penghuni di muzium ini dan menghalang mereka dari malapetaka yang melanda dalam tarikan 3D yang interaktif ini.
Tahap Keseronokan: Ringan
Naiki pesawat pejuang aeroangkasa hibrid, berlepas dan terbang ke langit galaksi. Dengan pusingan dan putaran yang mendebarkan, masa tidak menyebelahi kita dalam pertempuran mempertahankan Bumi!
Tahap Keseronokan: Tinggi
Independence Day: Defiance menampilkan satu pengembaraan angkasa yang mendebarkan kepada para pengunjung melalui salah sebuah paparan berbentuk dom yang terbesar.
Tahap Keseronokan: Tinggi
Bersedia untuk mengalami dimensi berbeza apabila anda melangkah ke dalam ruang acara unik ini.
Nikmati kehijauan, angin segar, dan persembahan muzik serta hiburan.
Pertunjukan air pancur yang luar biasa di Lake of Dreams pastinya akan membawa para pengunjung ke satu dunia yang hebat dan mempersonakan. Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat ini.
Masa Tayangan*
Isnin - Ahad
12:20pm | 1:30pm | 3:15pm | 4:10pm
*Masa tayangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
Sertai kami dalam konsert Rock & Roll di dalam taman!
Menampikan lagu-lagu hit rock klasik dan kontemporari, konsert ini tentu akan mengegarkan dunia anda.
Ditutup Sementara
*Masa tayangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
Harry Ramsden terkenal di seluruh dunia dengan masakan 'Fish and Chips' tradisi Inggeris. Pilih antara ikan hadok atau kod, dengan kentang goreng sebagai hidangan sampingan sambil menikmati suasana indah di sekitar Taman Tema Genting SkyWorlds.
Pilih di antara juadah tempatan atau Timur Tengah, seperti Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Kandar, Laksa Malaysia, Shawarma dan Kebab di restoran ini.
Starlet’s Pizza menjemput semua pencinta pizza daripada semua lapisan umur dan selera dengan pilihan enak seperti Beef Pepperoni, Amatriciana, Tuna Delight dan lain lagi. Untuk campuran manis dan savuri, cubalah pizza Tropicana Peanut Butter!
Nikmati masa bersama keluarga yang berharga sambil menjamu sajian asli Itali yang disediakan.
Dapatkan kopi dan snek ringan ketika anda meneruskan penjelajahan di Taman Tema Genting SkyWorlds!
Nikmati pilihan sajian tempatan dan barat bersama pemandangan Lake of Dreams yang indah.
Restoran yang harus dilawati untuk 'grab-&-go' sambil bergembira. Jangan lepas untuk merasai Nasi Itik Pangang yang digemari ramai!
Dapatkan churros pelangi atau churros donut di sini.
Teruskan penjelajahan anda dan janagn lupa untuk singgah di kedai cenderahati yang menampirkan koleksi cenderamata yang unik.
Teruskan pengembaraan galaktik anda di kedai cenderahati eksklusif Independence Day: Defiance. Dapatkan mainan, pakaian, dan koleksi yang menarik.
Dapatkan pelbagai jenis cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan anda seperti beg, aksessori, pakaian dan lain-lain.
Saksikan pengalaman Taman Tema Genting SkyWorlds anda dirakam dari seluruh taman, dengan efek zoom khas yang menjadikan setiap gambar digital anda lebih gempak!
Melangkah terus ke lorong arked yang menyeronokkan! Bertujuan untuk memukul seberapa banyak tin dalam permainan 'Spill The Milk' atau lebih baik matlamat anda pada percubaan 'Spacerings' yang seterusnya. Jika nasib mengizinkan, anda mungkin memenangi satu atau dua hadiah!
Kaedah Pembayaran
Semua Maklumat Taman Keperluan Anda
Beli Tiket Dengan Mudah
Semak Masa Tunggu Bila-bila Masa, Di Mana-mana
Tempahan VQ & Perancang Jadual Perjalanan
Photo+
Penerokaan Dipermudahkan
Muat turun apl sekarang dan biarkan ia melakukan semua kerja, sambil anda menumpukan pada perkara yang lebih penting – menikmati aksi dan pengembaraan tanpa henti di Genting SkyWorlds!
Dapatkan berita eksklusif dan maklumat terkini Taman Tema Genting SkyWorlds dalam surat berita kami!
Rio, Ice Age, Epic, Robots, Independence Day, Night at the Museum, Planet of the Apes ©️ 2023 20th Century Studios. All Rights Reserved.
TM and © GENTING GROUP. All Rights Reserved
© {{year}} Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U). All Rights Reserved.