Menu


Lanternverse 2026
Pengalaman Senja di Taman Tema 

7 malam – 10 malam

Jadilah antara yang terawal untuk merasai pengalaman taman tema pada waktu malam yang pertama di Taman Tema Genting SkyWorlds. Nikmati keseronokan bermain dengan suasana yang lain daripada yang lain!

Tarikh Acara 

Kadar Warganegara Malaysia Kadar Bukan Warganegara
03, 04, 05, 11, 12, 15, 18, 19, 25 & 26.09.2026RM38RM88

*Waktu masuk terakhir adalah pada jam 9 malam
*Ambil gelang tangan di Kaunter Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds sebelum masuk ke taman tema.

Nikmati harga istimewa pada RM33 dan jimat sebanyak RM5 dengan pembelian item di bawah:

  • Kuih Bulan Flavours of Genting
  • Cenderahati Taman Tema
  • Pas Tanpa Had 1-Hari Taman Tema Indoor Skytropolis
  • Tiket Standard 1-Hari Taman Tema Genting SkyWorlds

*Sah untuk pembelian pada hari yang sama sahaja dan boleh ditebus di Kaunter Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds.

Pengembaraan Malam Menanti

Bersiap sedia untuk pengembaraan pada waktu malam yang tidak dapat dilupakan di Lanternverse 2026, dan terokai pelbagai dunia termasuk Central Park, Liberty Lane dan Andromeda Base.

Maklumat Penting:
*Ketersediaan permainan tertakluk pada keadaan cuaca dan boleh ditutup tanpa notis awal.
*Jaminan Hari Hujan (Rainy Day Guarantee) tidak terpakai bagi acara ini.
*Untuk peraturan dan syarat taman tema yang lengkap, sila rujuk di sini: Rules and Regulations

Lebih Banyak Keseronokan Menanti

Pelbagai lagi tarikan istimewa menanti anda seperti:

Acara 

Tempat Masa
Sesi Meet & Greet bersama MoonBunny Liberty Lane 7 malam & 9.15 malam
Tarian K-Pop MoonBunny Liberty Lane 8.10 malam
Kaki Bajang (Stilt Walker) Studio Emporium water fountain 7 malam & 9.15 malam
Perarakan Tanglung (Lantern Parade) Studio Emporium water fountain 7.45 malam & 8.30 malam

**Jadual acara mungkin berubah tanpa notis awal.

Terangi malam anda dengan sertai Perarakan Tanglung (Lantern Parade). Dapatkan tanglung anda di lokasi-lokasi berikut:

  • Studio Emporium
  • Galaxy Store
  • Freedom Shop
  • ESD Exchange
  • Redwoods Trading Post

Saksikan Taman Tema Genting SkyWorlds dalam suasana yang berbeza, hanya di Lanternverse 2026!