Tempahan awal penting untuk pengalaman yang premium. Semua tetamu harus membeli tiket taman yang bertarikh melalui laman web Taman Tema Genting SkyWorlds atau pada aplikasi Mudah Alih sebelum hari lawatan, untuk menjamin kemasukan.

Ya, kepadatan taman telah dikurangkan untuk pengalaman yang premium, jadi kami mengesyorkan anda membeli tiket secara awal menerusi laman web Taman Tema Genting SkyWorlds untuk mengelakkan kekecewaan.

Tiket tidak boleh dipindah milik dan harus digunakan oleh orang yang sama sepanjang lawatan.

Anda boleh mendapat akses kepada maklumat tempahan melalui emel pengesahan atau pada bahagian “My Tickets” di aplikasi mudah alih rasmi Taman Tema Genting SkyWorlds. Jika anda masih lagi menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat tersebut, sila pergi ke kaunter tiket atau Perkhidmatan Tetamu di pintu masuk untuk mendapat bantuan.

Ya, biometrik anda akan didaftarkan dan dipautkan pada tiket selepas kemasukan, lalu membenarkan anda memasuki semula taman seberapa banyak kali yang anda mahu dalam waktu operasi taman pada hari yang sama.

Peta Taman Tema Genting SkyWorlds boleh dimuat turun di sini.

VQ adalah sistem tempahan Taman Tema Genting SkyWorlds untuk permainan dan tarikan. Dengan tiket yang sah, anda boleh menggunakan VQ untuk menempah slot waktu untuk permainan dan tarikan kegemaran anda terlebih dahulu. Tidak seperti barisan beratur yang biasa, pintu masuk VQ dijangka mempunyai waktu menunggu yang lebih pendek.

Tempahan VQ boleh dibuat terlebih dahulu dengan memuat turun aplikasi mudah alih Taman Tema Genting SkyWorlds. Secara alternatif, anda juga boleh melakukan tempahan di kios VQ, yang terletak di dalam taman.

VQ membolehkan anda merancang jadual taman tema anda sebelum anda tiba. Berikut adalah langkah-langkah mudah tentang cara ia berfungsi.

Langkah 1:
Muat turun aplikasi mudah alih Taman Tema Genting SkyWorlds.

Langkah 2:
Daftar dan cipta anda.

Langkah 3:
Sambung tiket anda menerusi aplikasi dengan mengimbas kod QR pada tiket anda.

Langkah 4:
Gunakan ciri ‘Book VQ’ untuk menempah slot waktu untuk tarikan/permainan pilihan anda.

Langkah 5:
Mohon untuk mengoptimumkan lawatan anda.

Kod QR yang unik akan diberikan untuk setiap tempahan VQ. Hanya imbas kod QR apabila tiba di pintu masuk VQ pada tarikan pilihan di slot waktu yang ditetapkan dan anda telah bersedia.

Terdapat masa 30 minit yang diperuntukkan untuk setiap tempahan VQ. Aplikasi mudah alih Taman Tema Genting SkyWorlds akan memberitahu anda setiap kali tempahan bermula atau tamat tempoh.

Ya, anda boleh membatalkan tempahan VQ anda. Tetapi, kami menyarankan agar anda menggunakan tempahan anda untuk pengalaman yang menyeronokkan.

Malangnya, anda tidak dibenarkan untuk memindah tempahan VQ kepada orang lain.

Tempahan VQ boleh dilakukan secara berkumpulan. Anda hanya perlua menyambung tiket dan tambahkan ke dalam kumpulan di bawah fungsi di dalam aplikasi. Dalam kumpulan, anda boleh menukar dan memilih tarikan untuk ditempah.

Ya, anda boleh memilih tarikan sama selepas tempahan sedia ada sudah pun digunakan atau tamat tempoh asalkan anda mempunyai kuota mencukupi untuk melakukan tempahan dan slot waktu yang masih boleh didapati.

Foto+ adalah pengalaman unik menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk merakam memori berharga sewaktu lawatan anda ke Genting SkyWorlds.

Semasa pra pembukaan ini, anda boleh memuat turun dan berkongsi kandungan foto digital resolusi tinggi tanpa had dengan akses Foto+ tanpa sebarang bayaran.

Untuk pengalaman yang terbaik, anda dinasihatkan untuk memakai baju dan kasut yang selesa. Anda boleh membawa bersama jaket atau kardigan kerana cuaca di sini selalunya sejuk. Satu set pakaian ganti disyorkan kerana anda mungkin basah semasa permainan tertentu. Kostum dan topeng muka tidak dibenarkan masuk ke dalam taman.

Keselamatan anda adalah keutamaan kami dalam semua operasi permainan dan tarikan. Adalah dimaklumkan bahawa permainan yang lebih besar dan di ruang terbuka kami direka khas untuk beroperasi dengan panduan keadaan cuaca semasa, terutamanya ketika hujan dan angin kencang, yang mungkin mempengaruhi prestasinya. Oleh itu, tarikan dan permainan ini mungkin akan tergendala sementara dalam keadaan cuaca seperti berikut, demi menjamin keselamatan tetamu kami. 

Taman Tema Genting SkyWorlds tidak akan ditutup jika berlaku cuaca buruk, semua tiket akan tetap tidak mendapat bayaran balik.

Genting SkyWorlds adalah Taman Tema tanpa tunai. Untuk pengalaman terbaik, sediakan GeMCash (e-Wallet Resorts World Genting) untuk membuat pembelian. Kami juga menerima Genting Points, Kad Kredit/Debit dan E-wallet dan QR Pay. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bayaran tanpa tunai, sila rujuk sini.

Ya, loker disediakan untuk disewa dengan bayaran minimum. Kadar sewa berharga antara RM 20 hingga RM 50 untuk 4 jam pertama atau berharga sehingga RM 60 untuk sehari bergantung kepada saiz loker. 

Sila rujuk Panduan Taman. untuk lokasi sebenar.

Sila jumpa Ahli Pasukan kami di lokasi di mana anda meletakkan barang dan minta bantuan. Anda juga boleh pergi ke kaunter Perkhidmatan Tetamu untuk bantuan lanjut. Pihak Pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas barangan yang hilang, dicuri atau rosak.

Sila berjumpa dengan mana-mana Ahli Pasukan kami untuk bantuan. Peti pertolongan cemas boleh didapati di dalam taman.

Sila rujuk pada Panduan Taman – yang boleh didapati di seluruh taman - untuk lebih maklumat berkenaan ketinggian, berat dan/atau sekatan kesihatan untuk semua tarikan/permainan. Tanda-tanda amaran diletakkan di pintu masuk tempat-tempat tarikan dan kami mengesyorkan anda membaca sebelum menaiki permainan. Sebagai alternatif, anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih Taman Tema Genting SkyWorlds rasmi untuk maklumat lebih lanjut.

Di Taman Tema Genting SkyWorlds, kami berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang dapat diakses oleh semua orang, termasuk tetamu kurang upaya. Sila rujuk Panduan Taman untuk maklumat lebih lanjut. Selain itu, semua restoran, kedai, tandas, loker dan kawasan umum dibina dengan mempertimbangkan akses kerusi roda.

Kereta sorong bayi tersedia untuk disewa di Perkhidmatan Tetamu yang terletak di Studio Plaza. 
Kadar sewa untuk sebuah kereta sorong bayi berharga RM35 dan RM50 untuk kereta sorong bayi (Dua orang). Pembayaran tanpa tunai boleh dibuat di mana-mana kaunter tiket di pintu masuk utama. 

Semua tandas di Taman Tema Genting SkyWorlds dilengkapi dengan meja menukar lampin.

Mesin ATM terdapat di Studio Plaza dan Central Park (Asteroid Arcade). Sila rujuk Panduan Taman untuk lokasi sebenar.

Ya, semua ruang persembahan boleh memuatkan tetamu kurang upaya. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Ahli Pasukan kami.

Ya, anda boleh menemui hidangan vegetarian di kebanyakan menu restoran kami.

Ya, sila hubungi kami di sini, dan kami akan menyesuaikan pakej untuk anda.

Makanan dan minuman di luar tidak dibenarkan masuk ke dalam taman.

Ya, anda boleh membuat pembelian dan meminta agar barang itu diambil pada akhir lawatan anda di Studio Emporium di Studio Plaza.

Fotografi dan videografi dibenarkan, tetapi tidak boleh semasa menaiki tarikan / permainan. Kamera produksi dan drone tidak dibenarkan masuk ke dalam taman. Untuk pertanyaan mengenai fotografi perkahwinan, sila hantarkan pertanyaan anda di dini.

Malangnya, haiwan peliharaan tidak dibenarkan di dalam premis seperti yang terdapat dalam polisi Resorts World Genting.

Untuk keselesaan para tetamu kami, merokok hanya dibenarkan di kawasan merokok yang ditetapkan di Taman Tema Genting SkyWorlds. Sila rujuk Panduan Taman atau hubungi Ahli Pasukan kami untuk mengetahui arah ke kawasan merokok yang terdekat.

Harap maklum bahawa hanya alat bantu bergerak yang dibenarkan di dalam taman.

Untuk pertanyaan mengenai tiket berkumpulan, sila hantarkan emel kepada kami di sini dengan maklumat yang relevan sebelum lawatan anda.

Harap maklum bahawa kami tidak dapat mengesahkan atau menjamin kesahihan atau keaslian tiket yang tidak dibeli terus dari kami. Untuk pembelian tiket melalui platform dalam talian pihak ketiga, anda perlu merujuk kepada terma dan syarat mereka (mis. Tempahan mesti dibuat sebelum tarikh lawatan). Sekiranya anda ragu-ragu untuk membeli tiket dari platform dalam talian pihak ketiga, kami mengesyorkan agar anda membeli tiket anda terus dari laman web kami.

Kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm dibenarkan memasuki taman secara percuma.

Ya, Taman Tema Genting SkyWorlds menawarkan Wi-Fi percuma di seluruh taman.

Anda boleh melihat kekosongan jawatan di sini.