Terletak 6,000 kaki di atas paras laut, Genting SkyWorlds menikmati iklim unik dengan suhu yang lebih sejuk dan angin gunung. Walaupun cuaca memang kerap berubah (dan kadangkala cepat) termasuk keadaan mendung dan hujan. Keselamatan anda adalah keutamaan kami dalam semua operasi permainan dan tarikan. Adalah dimaklumkan bahawa permainan yang lebih besar dan di ruang terbuka kami direka khas untuk beroperasi dengan panduan keadaan cuaca semasa, terutamanya ketika hujan dan angin kencang, yang mungkin mempengaruhi prestasinya. Oleh itu, tarikan dan permainan ini mungkin akan tergendala sementara dalam keadaan cuaca seperti berikut, demi menjamin keselamatan tetamu kami. 


Jika terdapat cuaca buruk antara 11 pagi – 2:59 petang semasa lawatan anda, Jaminan Hari Hujan kami akan diaktifkan, menawarkan tiket lawatan pergi-balik PERCUMA yang boleh anda gunakan pada lawatan seterusnya. Jika cuaca buruk berlaku antara 3 petang – 4:59 petang, anda akan menerima diskaun sebanyak 50% untuk tiket lawatan semula anda.*

*Tawaran sah 12 bulan dari tarikh lawatan awal.

*Terma dan syarat

Jaminan Hari Hujan hanya boleh digunakan sekali bagi setiap transaksi tiket asal. Tiket lawatan semula percuma hanya akan diberikan selepas mengemukakan tiket asal dan pemberitahuan menerusi aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds dari lawatan pertama anda. Pengisian yang tidak lengkap akan dinafikan tiket pergi-balik percuma anda. Tiket pergi-balik percuma hanya sah apabila hujan berterusan selama dua jam antara 11 pagi – 2:59 petang. Jika hujan antara 3 petang – 4:59 petang, tetamu layak mendapat diskaun 50% untuk tiket pergi-balik. Hujan direkodkan semasa waktu operasi biasa Genting SkyWorlds dan tidak termasuk lokasi Resorts World Genting atau Genting Highlands Premium Outlet. Keadaan cuaca akan direkodkan oleh Genting SkyWorlds dan keputusan kami adalah muktamad.

Tiada alternatif tunai tersedia dan tiket tidak boleh dijual atau ditukar. Jaminan Hari Hujan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan sebarang tawaran atau promosi lain dan lawatan balik adalah tertakluk pada ketersediaan semasa tempahan semula. Sekiranya hujan turun semasa lawatan balik anda, tiket tidak akan dipindah milik dan tiada lagi lawatan percuma akan ditawarkan. Produk dan pembelian lain yang dibuat pada masa tempahan asal dikecualikan (seperti tempat letak kereta, Skyway, Photo+, VQ).

Hanya tiket yang dibeli melalui laman web Genting SkyWorlds, laman web Resorts World Genting dan Resort Box Office adalah terpakai untuk Jaminan Hari Hujan kami. Jenis tiket tertentu seperti produk pakej percuma, pas tahunan, berbilang hari, pakej kombo atau acara korporat dikecualikan daripada tawaran ini.

*Tawaran sah 12 bulan dari tarikh lawatan awal.


 

Senarai tarikh di mana Jaminan Hari Hujan kami telah diaktifkan tersedia di bawah:

  7 Apr 2023